
JANGAN 3 : Pandangan tajam
Iaitu menjeling mata menunjukkan rasa marah kita kepada mereka. Perbuatan ini mungkin akan lebih memeranjatkan mereka kerana ia menggambarkan lebih kebencian dan keegoan diri kita terhadap mereka. Semasa bercakap dengan mereka, pandang wajahnya atau tunduk sahaja sambil memberikan perhatian terhadap komunikasi yang dibina bersama mereka.
JANGAN 4 : Tunjuk bosan
Tidak kira sama ada ia melalui bahasa tubuh ataupun perkataan terhadap perbuatan dan kata-kata ibi bapa.
JANGAN 5 : Tinggi suara
Menghormati tidak hanya semasa berhadapan ataupun berurusan dengannya sahaja. Tetapi kehadiran mereka di sekitar kita juga perlu dihormati. Jangan tunjukkan perangai sewenang-wenangnya ketawa terbahak-bahak semasa mereka berada berhampiran dengan kita. Walaupun tertawa, kemarahan, amukan dan gurauan kasar kita bukanlah ditujukan kepada mereka, sekurang-kurangnya hormatilah kehadirannya kerana mereka sentiasa memerhatikan dan jangan sampai kita mengetepikan pandangan kita terhadap mereka sebagai seorang yang disanjungi.








No comments:
Post a Comment