- a t Y n - - p Y j A n -

Sunday, 10 July 2011

13 jaNgaN... =)





JANGAN 2 : Memalingkan Wajah




Apa yang dimaksudkan dengan memalingkan wajah adalah mengalihkan perhatian semasa sedang berkomunikasi dengan mereka. Maksud lain adalah mengambil sikap sambil lewa tatkala mereka sedang bercakap dan menyampaikan sesuatu kepada kita.
Kebanyakkan keadaan membuatkan kita patuh dan taat sehingga mampu tunduk memberikan perhatian mendengar kata-kata daripadanya. Contohnya semasa kita berhadapan dengan seorang guru, pemimpin yang disegani, majikan, seorang yang alim dan sebagainya, kita akan tunduk berasa kecil kerana menyegani kewibawaan mereka. Pada masa itu kita rasa pelik walau sebesar mana pun, kita tetap dapat memberikan perhatian untuk mendengar serta menjaga tatasusila semasa kita berhadapan dengan orang-orang sedemikian.
Apa yang lebih pelik adalah, kita mudah mengabaikan ibu bapa semasa sedang berkomunikasi. Segala kehendak dan perintah mereka dipandang sebagai sesuatu yang kurang penting dan remeh. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih berhak menerima penghormatan dan perhatian di dalam sesebuah pertemuan atau hubungan komunikasi.
Manusia itu sikapnya suka dan berasa selesa pada setiap kali dia diberikan penghargaan. Penghargaan yang diberikan pula boleh wujud dalam pelbagai bentuk perhatian semasa sedang bercakap ataupun mendengar sesuatu daripadanya.
Psikologi membuktikan sikap memalingkan wajah ataupun tidak mengendahkan seseorang semasa sedang bercakap akan membuatkan diri berasa kurang selesa. Disamping menunjukkan kurang komitmen terhadap seseorang yang bercakap dengan kita , ia juga menunjukkan sikap yang sombong.
Sekiranya kita sengaja melakukannya, ketahuilah kita sedang melakukan DERHAKA. Tindakan ini mampu menyakiti sesiapa sahaja yang sedang bercakap dengan kita. Apatah lagi seorang ibu yang sensitif jiwanya yang sentiasa menginginkan anaknya menghargainya, menghormati, dan mentaati dirinya.
Apa yang utama untuk kita melakukannya adalah cuba serapkan setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan kepada ibu bapa kita. Ini adalah supaya perasaan ini terkesan di dalam jiwa dan akhirnya berpengaruh membentuk sikap kta di hadapan mereka.
Sebagaimana kita mampu menyerapkan sikap menyanjungi orang-orang ternama, lakukan yang lebih terhadap ibu bapa kita. Dengan sikap dan pandangan sedemikian, secara sendirinya kita akan menghormati malah setiap kali kita memandang dan mendengar kata-kata mereka, kita pasti merasakan ia adalah sesuatu yang paling berharga.

No comments:

Post a Comment