- a t Y n - - p Y j A n -

Saturday, 9 July 2011

13 jaNgaN... =)





JANGAN 1 : Memarahi Ibu Bapa




Kita bukanlah berhak untuk memarahi mereka apatah lagi mengherdik sehingga menimbulkan caci maki terhadap mereka. Jangan sekali-kali menjadikan teguran sebagai suatu alasan untuk membenarkan diri kita memrahi ibi bapa. 
    Kita mungkin akan terasa hati dengan teguran seseorang yang lebih brpengalaman daripada kita. Apatah lagi dengan kemarahan kerana kesalahan atau kesilapan yang kita lakukan. Ia adalah wajar kerana yang tua akan mengajar yang muda berdasarkan pengalaman dan kematangannya. Namun, kita masih akan berasa terguris dengan teguran yang membentuk kemarahan.
    Mungkin juga ada masanya kita perlu marah. Dan segala jenis kemarahan itu perlu sesuai pada tempatnya. Ibu bapa bukanlah salah satu daripada tempat yang sesuai untuk melepaskan kemarahan.
    Walau apa pun keadaannya, masih banyak cara lain yang boleh digunakan selain daripada kemarahan. Sekiranya kita berada di dalam keadaan yang perlu menggunakan kemarahan, jangan pula kita lupa untuk menyelidik adakah kemarahan kita itu oleh akal atau nafsu ?
    Hati-hati, jangan sampai teguran yang ingin kita sampaikan kepada ibu bapa itu dipengaruhi oleh tekanan di tempat kerja, dendam terhadap orang lain, rasa geram, sakit hati dan sebagainya.
    Bagaimana berkesannya kekasaran kita untuk suatu tujuan kebaikan itu adalah bergantung pada niat. Ia sama seperti seorang ayah yang perlu menggunakan kekerasan memarahi ataupun memukul anaknya. Sekiranya tindakannya itu disertai dengan nafsu, panas baran, dendam dan sebagainya. Sekiranya ia dilakukan kepada ibu bapa, pada masa itu tidak syak lagi kita adalah seorang anak yang DERHAKA ! 
    Tuhan juga menjelaskan di dalam Quran surah Al-Israk ayat 23 yang bermaksud, "...janganlah berkata kepada mereka 'CIS' dan juga mengherdik mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia."
     Sekiranya kita sedang marah ataupun berada di dalam keadaan tertekan, cuba elakkan daripada menegur suatu kesilapan ibu bapa. Kita bimbang sekiranya teguran untuk memperbaiki ataupun  di atas dasar kasih sayang itu tercampur aduk dengan sifat buruk daripada nafsu kemarahan. Akhirnya kita terjerumus ke dalam sifat DERHAKA yang sebenarnya kita sendiri tidak mahu melakukannya.

No comments:

Post a Comment