- a t Y n - - p Y j A n -

Sunday, 10 July 2011

13 jaNgaN... =)





JANGAN 3 : Pandangan tajam


Iaitu menjeling mata menunjukkan rasa marah kita kepada mereka. Perbuatan ini mungkin akan lebih memeranjatkan mereka kerana ia menggambarkan lebih kebencian dan keegoan  diri kita terhadap mereka. Semasa bercakap dengan mereka, pandang wajahnya atau tunduk sahaja sambil memberikan perhatian terhadap komunikasi yang dibina bersama mereka.




JANGAN 4 : Tunjuk bosan


Tidak kira sama ada ia melalui bahasa tubuh ataupun perkataan terhadap perbuatan dan kata-kata ibi bapa.




JANGAN 5 : Tinggi suara


Menghormati tidak hanya semasa berhadapan ataupun berurusan dengannya sahaja. Tetapi kehadiran mereka di sekitar kita juga perlu dihormati. Jangan tunjukkan perangai sewenang-wenangnya ketawa terbahak-bahak semasa mereka berada berhampiran dengan kita. Walaupun tertawa, kemarahan, amukan dan gurauan kasar kita bukanlah ditujukan kepada mereka, sekurang-kurangnya hormatilah kehadirannya kerana mereka sentiasa memerhatikan dan jangan sampai kita mengetepikan pandangan kita terhadap mereka sebagai seorang yang disanjungi.

13 jaNgaN... =)





JANGAN 2 : Memalingkan Wajah




Apa yang dimaksudkan dengan memalingkan wajah adalah mengalihkan perhatian semasa sedang berkomunikasi dengan mereka. Maksud lain adalah mengambil sikap sambil lewa tatkala mereka sedang bercakap dan menyampaikan sesuatu kepada kita.
Kebanyakkan keadaan membuatkan kita patuh dan taat sehingga mampu tunduk memberikan perhatian mendengar kata-kata daripadanya. Contohnya semasa kita berhadapan dengan seorang guru, pemimpin yang disegani, majikan, seorang yang alim dan sebagainya, kita akan tunduk berasa kecil kerana menyegani kewibawaan mereka. Pada masa itu kita rasa pelik walau sebesar mana pun, kita tetap dapat memberikan perhatian untuk mendengar serta menjaga tatasusila semasa kita berhadapan dengan orang-orang sedemikian.
Apa yang lebih pelik adalah, kita mudah mengabaikan ibu bapa semasa sedang berkomunikasi. Segala kehendak dan perintah mereka dipandang sebagai sesuatu yang kurang penting dan remeh. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih berhak menerima penghormatan dan perhatian di dalam sesebuah pertemuan atau hubungan komunikasi.
Manusia itu sikapnya suka dan berasa selesa pada setiap kali dia diberikan penghargaan. Penghargaan yang diberikan pula boleh wujud dalam pelbagai bentuk perhatian semasa sedang bercakap ataupun mendengar sesuatu daripadanya.
Psikologi membuktikan sikap memalingkan wajah ataupun tidak mengendahkan seseorang semasa sedang bercakap akan membuatkan diri berasa kurang selesa. Disamping menunjukkan kurang komitmen terhadap seseorang yang bercakap dengan kita , ia juga menunjukkan sikap yang sombong.
Sekiranya kita sengaja melakukannya, ketahuilah kita sedang melakukan DERHAKA. Tindakan ini mampu menyakiti sesiapa sahaja yang sedang bercakap dengan kita. Apatah lagi seorang ibu yang sensitif jiwanya yang sentiasa menginginkan anaknya menghargainya, menghormati, dan mentaati dirinya.
Apa yang utama untuk kita melakukannya adalah cuba serapkan setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan kepada ibu bapa kita. Ini adalah supaya perasaan ini terkesan di dalam jiwa dan akhirnya berpengaruh membentuk sikap kta di hadapan mereka.
Sebagaimana kita mampu menyerapkan sikap menyanjungi orang-orang ternama, lakukan yang lebih terhadap ibu bapa kita. Dengan sikap dan pandangan sedemikian, secara sendirinya kita akan menghormati malah setiap kali kita memandang dan mendengar kata-kata mereka, kita pasti merasakan ia adalah sesuatu yang paling berharga.

Saturday, 9 July 2011

13 jaNgaN... =)





JANGAN 1 : Memarahi Ibu Bapa




Kita bukanlah berhak untuk memarahi mereka apatah lagi mengherdik sehingga menimbulkan caci maki terhadap mereka. Jangan sekali-kali menjadikan teguran sebagai suatu alasan untuk membenarkan diri kita memrahi ibi bapa. 
    Kita mungkin akan terasa hati dengan teguran seseorang yang lebih brpengalaman daripada kita. Apatah lagi dengan kemarahan kerana kesalahan atau kesilapan yang kita lakukan. Ia adalah wajar kerana yang tua akan mengajar yang muda berdasarkan pengalaman dan kematangannya. Namun, kita masih akan berasa terguris dengan teguran yang membentuk kemarahan.
    Mungkin juga ada masanya kita perlu marah. Dan segala jenis kemarahan itu perlu sesuai pada tempatnya. Ibu bapa bukanlah salah satu daripada tempat yang sesuai untuk melepaskan kemarahan.
    Walau apa pun keadaannya, masih banyak cara lain yang boleh digunakan selain daripada kemarahan. Sekiranya kita berada di dalam keadaan yang perlu menggunakan kemarahan, jangan pula kita lupa untuk menyelidik adakah kemarahan kita itu oleh akal atau nafsu ?
    Hati-hati, jangan sampai teguran yang ingin kita sampaikan kepada ibu bapa itu dipengaruhi oleh tekanan di tempat kerja, dendam terhadap orang lain, rasa geram, sakit hati dan sebagainya.
    Bagaimana berkesannya kekasaran kita untuk suatu tujuan kebaikan itu adalah bergantung pada niat. Ia sama seperti seorang ayah yang perlu menggunakan kekerasan memarahi ataupun memukul anaknya. Sekiranya tindakannya itu disertai dengan nafsu, panas baran, dendam dan sebagainya. Sekiranya ia dilakukan kepada ibu bapa, pada masa itu tidak syak lagi kita adalah seorang anak yang DERHAKA ! 
    Tuhan juga menjelaskan di dalam Quran surah Al-Israk ayat 23 yang bermaksud, "...janganlah berkata kepada mereka 'CIS' dan juga mengherdik mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia."
     Sekiranya kita sedang marah ataupun berada di dalam keadaan tertekan, cuba elakkan daripada menegur suatu kesilapan ibu bapa. Kita bimbang sekiranya teguran untuk memperbaiki ataupun  di atas dasar kasih sayang itu tercampur aduk dengan sifat buruk daripada nafsu kemarahan. Akhirnya kita terjerumus ke dalam sifat DERHAKA yang sebenarnya kita sendiri tidak mahu melakukannya.

Friday, 8 July 2011

kiTa beRaDa diBaRisAn yAnG maNa sAtU ? ^^




                                   BARISAN UMAT MUHAMMAD 
                            DI PADANG MAHSYAR...


Barisan pertama: Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya..




Barisan kedua: Manusia berwajah babi hitam. Mereka di dunia melalaikan sembahyang atau sembahyang tetapi masih melakukan kemungkaran..




Barisan ketiga: Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat..




Barisan keempat: Manusia mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia berdusta dalam jual beli..




Barisan kelima: Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah..




Barisan keenam: Manusia yang tengkuruk dan tengkuknya putus. Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tak berlaku menyebabkan orang teraniaya..




Barisan ketujuh: Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberikan kesaksian atau menyembunyikan suatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan..




Barisan kelapan: Manusia berjalan terbalik (kepala kebawah kaki keatas). Mereka di dunia melacurkan diri atau melakukan zina..




Barisan kesembilan: Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka di dunia makan harta anak yatim..




Barisan kesepuluh: Manusia bertubuh penuh dengan lipiradan blak (sejenis penyakit kulit yang sangat gatal). Mereka Mereka di dunia menderhaka kepada orang tua..




Barisan kesebelas: Manusia yang buta matanya, giginya seperti bertanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar  kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia meminum arak..




Barisan kedua belas: Manusia berwajah berseri dan bercahaya. Mereka di dunia golongan beriman dan beramal soleh..




P/S: Soalnya.. Kita berada dibarisan yang mana satu ? Renungkanlah...........=)

Temuduga TERTUTUP ! =)






semua akan hadir tanpa sebarang pengecualian
 KEKOSONGAN JAWATAN
a. Ahli Syurga dari awal
b. Ahli Neraka dari awal
c. Ahli Neraka sementara kemudian akan dilantik menjadi Ahli Syurga




EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(KHAS UNTUK JAWATAN [A])
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi




TARIKH TEMUDUGA
> Bermula dari saat membaca iklan ini




LOKASI TEMUDUGA
> Di dalam kubur berhampiran dengan rumah anda (alam barzakh)




KELAYAKAN
1. Anda tidak perlu membawa sijil-sijil 
2. Anda tidak perlu mambawa pingat
3. Anda tidak perlu membawa wang atau harta
4. Anda tidak perlu berparas rupa cantik,seksi,hensem atau berbadan tegap
5. Sila bawa dokumen asal (Iman dan Amal)




PANEL/PENEMUDUGA
> Munkar dan Nakir




ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda ?
2. Apa Agama anda ?
3. Siapa Nabi anda ?
4. Apa Kitab anda ?
5. Dimana Kiblat anda ?
6. Siapa Saudara anda ?




CARA MEMOHON
> Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekarang). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.




** Berpakaian kain putih. (dikafankan) **




P/S: Hanya untuk renungan semua saje.. Tiada niat untuk menakut2kan orang yang membaca.. ^_^V

soKO ----> taKe mY hEaRt...





You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like


But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too


If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine


But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too


(violin solo!)


I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return


I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return


p/s: merupakan salah satu daripada lagu kegemaran saia.. so saia berkongsi lirik dengan anda.. Tapi lagu nyh suda lama mesti suda ada yang taox kan.. =)

Thursday, 7 July 2011

hiNa saNgaT kEw maMaT nYh ?





Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup
takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu... dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.



Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)


Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler... ..


Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... .mesti member aku soundnyer... .aku pun start tulis... ... ."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie... sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...


aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO"... ..Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "I'M LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum... ..


LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"


AKU : "It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow"


LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie... I hope you can help me"


Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.


Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.


AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"


Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh... . aku senyum dengan bangganya.


Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk... . so Kita orang pi ler kat Lot 10 balik...




Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku


AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"


MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"


AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"


Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali... ... ... ... ... ... .


Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ... ..


"KENAL KONON, SETAKAT KO LER... SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur... ...


Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... ... . Adakah semua perempuan cantik macam nie


Mungkin kot... .Aku dah mula berfikiran negatif... tapi aku tetap suka kat dia... .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..


Bodoh ker aku ?


Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia... .dia tenung aku macam tak puas hati... . aku pulak tak faham...


BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!


Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..


Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam, member aku semua pun senyap... ... ... ak! u tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..


tiba-tiba... ...


LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"


Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak... ..aku pun senyap"


PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie... ... ..


Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang... . aku pun dah takut.


Security tanya aku, mana bag dia??


Aku : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"


LINA: "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie"


AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"


Aku dah panik... ... ..


AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri... apa masalah nie"


LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri... "


ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..


AKU : "Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi "


LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"


Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa... .


Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku... . aku yang bersalah.. aku tak mengaku..


PAP!! aku kena tampar... .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",


Itulah kata kata dia k... ... ... ... .


Dah tenat aku...


Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku... . aku dah sedih giler.


Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap


Manager : "APA MASALAH NIE OK..What is your Name?"


LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"


Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"


AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"


Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"


LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil... ... sapa lagi... muka dia pun muka pencuri"


Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh... ..selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,


"Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... ..semua okay... takda yang hilang..


Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia... ... .


APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??


Aku pun senyap, aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik... .


MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"


ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa... dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati... ."


Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu... mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"


Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh"


AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"


LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku... .. aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"


AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"


Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"


Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe


Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku... ..dia letak telefon.


LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf... ... ."


Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... ... ... ... .


Dia terkesima..


"Setakat RM300, ko ingat aku apa... ... . budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."


Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap... ... .


Aku amik cek tuh aku pun koyak... . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan... .


Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam... ... . banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...


aku pun nak jugak amik...


so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla... ... tiba tiba aku dengar dia sound aku..


LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"


Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia... .. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku... ... ...


"Oi..bangun oi... dah subuh dah nie... "


HAHAHA... MESTI SEMUA TENSENN... JGN MAREEE..melampau betul drama ni... saia pun terkena!




p/s: sebenarnya yang nyh saia hanya copy and paste saje.. hehehehehe

LoGhaT maNa LeBih muNaSaBah ?




Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

kaTaK, koDok daN moNyEt




Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

naMa jePuN yaNg huRu haRa




1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI
 

aPabiLa biBiK anGkaT caLL =D




Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

kiSah buDaX puNx daN jaM nYa =D



Sebuah kisah tentang budak punk,jam dan rakannya...




Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa..





> Hahahaha.. Apelah budak nyh kan.. Itu bukan jam.. Itu carik pasal name nyerr... Nasib baik lha orang toh tak buad ape2 kat budak punk toh.. =D